Saturday, August 27, 2005

ESPEK


Assalamualaikum........................
Apa khabar semua.... ini adalah gambar berlatar belakangkan Estate di Ladang ESPEK Risda Palong Negeri Sembilan MAC 2004.

Dalam Ladang ini terdapat berbagai jenis aktiviti antaranya ternakan lembu terbesar di Negeri Sembilan, ternakan ikan, tanaman rumput untuk makanan lembu dan bermacam-macam lagi lah..

Pengurus Kanan, merangkap Penasihat Perladangan adalah Tuan Kamarudin B. Md Jawi. Beliau juga merupakan bekas pelajar DPIM tahun 1976 yang mana tahun pertama kampus Arau dibuka.

Pepatah yang pernah beliau katakan adalah "apabila kita menghukum seseorang pastikan bahawa dia tahu bahawa perbuatannya itu salah", "Apabila telah memasuki alam pekerjaan Ladang maka janganlah lagi fikirkan perkara untuk mencari pekerjaan lain", "Apabila Manager minta sesuatu data janganlah berdolak dalik dan memberikan data yang salah". Beliau merupakan seorang Manager yang sangat garang, tegas dan semua pekerja amat takut kepada beliau.Tapi apabila kita melakukan perkara yang betul beliau amat bersetuju dan menyokong penuh.

Inilah antara pengalaman yang dapat diambil selain aktiviti dipejabat dan aktiviti didalam Ladang..

Moga-moga beliau terus maju dan akan ada contoh-contoh Manager yang akan saya tonjolkan untuk tatapan kawan-kawan sekalian , serta current photo mereka.

Wassalam

1 Comments:

At 11:58 am, Anonymous Anonymous said...

invite la member2 pg's join web ni skali bang...bykkan lah gambar2...letaklah gambar2 kitaorang gak...huhuhu...pastu masukkan ar keistimewaan course kita ni...

 

Post a Comment

<< Home