Sunday, December 04, 2005

KARiSMA

Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) adalah kejohanan sukan yang dipertandingkan antara kampus-kampus dalam seluruh sistem UiTM. Kejohanan ini dahulunya dikenali sebagai SUPER INTEKMA telah digantikan dengan KARiSMA apabila UiTM telah dinaikkan ketaraf universiti. Kejohanan ini diadakan pada setiap tahun dan dianjurkan secara bergilir-gilir oleh kampus-kampus UiTM. Semenjak kejohanan ini diperkenalkan pada tahun 1990 dahulu ianya telah membantu meningkatkan prestasi sukan UiTM.


PROGRAM

KARNIVAL SUKAN MAHASISWA UiTM (KARiSMA)
KE XIII,2005


TARIKH CADANGAN

2 hingga 8 Disember 2005


PENGANJUR

Pusat Sukan & Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam


VENUE PERTANDINGAN

i. Kampus UiTM Shah Alam.
ii. Padang & Gelanggang permainan disekitar Shah Alam
iii. Plaza Alam Sentral atau Sunway Piramid untuk Tenpin Bowling
iv. Padang Hoki Pandamaran


DISKRIPSI AKTIVITI

i. Penganjuran pertandingan sukan antara kampus-kampus diseluruh sistem UiTM.
ii. Penglibatan atlet-atlet pelbagai peringkat dalam kejohanan terbesar yang pernah dianjurkan diperingkat UiTM
iii. Penglibatan staf universiti dalam aktiviti sukan pelajar


OBJEKTIF AKTIVITI

i. Menggalakkan pelajar-pelajar universiti untuk bergiat aktif dalam kegiatan sukan.
ii. Menerapkan minat dan kecenderungan pelajar dalam kegiatan sukan dan riadah.
iii. Membentuk masayarakat kampus yang cergas, cerdas dan mengamalkan gaya hidup sihat.
iv. Mendidik para pelajar untuk menjadi perancang, pengurus dalam usaha untuk membentuk pasukan yang mantap dan mempunyai semanagat jati diri yang tinggi.
v. Mengenalpasti atlet-atlet berbakat untuk diketengahkan.
vi. Sebagai medium bagi mencapai sahsiah pelajar yang cemerlang, menyemaikan sifat disiplin, wibawa dan berketerampilan.
vii. Mengeratkan hubungan silaturrahim.

MATLAMAT PENGANJUR
Berusaha untuk menjadi penganjur terbaik KARiSMA.

SUMBER KEWANGAN


i. Akaun pengurusan HEP
ii. Tabung Kegiatan & Ko-Kurikulum (TKK)
iii. Akaun Amanah Sukan
iv. Yuran penyertaan dari kampus-kampus yang mengambil bahagian





KAMPUS-KAMPUS YANG DIJANGKA AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN

i. UiTM Kampus Arau, Perlis
ii. UiTM Kampus Sungai Petani, Kedah
iii. UiTM Kampus Permatang Pauh, Pulau pinang
iv. UiTM Kampus Sri Iskandar, Perak
v. UiTM Kampus Dungun, Terengganu
vi. UiTM Kampus Machang, Kelantan
vii. UiTM Kampus Jengka, Pahang
viii. UiTM Kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan
ix. UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka
x. UiTM Kampus Segamat, Johor
xi. UiTM Kota Samarahan, Sarawak
xii. UiTM Kampus Kota Kinabalu, Sabah
xiii. INTEC Shah Alam
xiv. UiTM Kampus Shah Alam


TARIKH PERASMIAN

3 Disember 2005 jam 8 malam

CADANGAN PERASMI

i. YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ii. YAB MENTERI BESAR SELANGOR

TARIKH PENUTUP

8 Disember 2005 jam 5.00 pagi
CADANGAN
PERASMIAN
PENUTUP

Y.Bhg Dato Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah
Naib Canselor UiTM

TARIKH AKHIR
PENGESAHAN PENYERTAAN


10 OKTOBER 2005


URUSETIA KEJOHANAN

Unit Pembangunan
Pusat Sukan,
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Tel : 03-55435606, 5607, 5620, 5626
Fax : 03-55435625

0 Comments:

Post a Comment

<< Home